Sunday 31 July 2011

MASYARAKAT LUAR BANDAR “ dahagakan” KEMUDAHAN ASAS


  Datuk Joseph Salang Ahli Parlimen Julau semasa perasmian projek Mini Hidro Spaya Lubok Antu.

Kemudahan asas seperti Bekalan elektrik, bekalan air bersih dan Jalan raya merupakan sesuatu yang sangat diperlukan oleh semua lapisan masyarakat mahupun di Bandar dan Luar Bandar. Di Sarawak keluasannya yang hampir sama luasnya dengan Tanah Melayu serta bentuk muka bumi nya yang berbukit bukau telah menjadi cabaran kepada Kerajaan Barisan National untuk menyalurkan pembangunan dan kemudahan asas kepada penduduk Sarawak.

Walaupun begitu Kerajaan Barisan National tetap berusaha menyalurkan Pembangunan kemudahan asas kepada penduduk Sarawak termasuk di Kawasan Luar Bandar, beberapa projek pembangunan kemudahan asas seperti projek bekalan elektrik Luar Bandar sedang rancak dijalankan. Kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat, kerana dengan adanya kemudahan asas seperti itu akan memangkin pertumbuhan ekonomi rakyat diluar Bandar.

Baru-baru ini Kerajaan telah memperkenalkan Projek Hidro Mini untuk dinikmati oleh penduduk-penduduk yang jauh tinggal di pendalaman Sarawak dan tidak dapat dihubungi oleh Jalan raya. Dengan adanya projek Hidro Mini sebegini maka penduduk-penduduk yang dahulunya hanya diterangi pelita minyak tanah pada waktu malam akan dapat diterangi oleh bekalan elektrik selama 24 Jam. ( Ini lah bukti Kerajaan Barisan National sentiasa perihatin untuk melihat rakyatnya hidup selesa )

LUBOK ANTU: Penghuni Rumah Panjang David Ujan, Sepaya Ulu Engkari mampu tersenyum gembira apabila Rumah Panjang mereka yang sebelum ini hanya diterangi pelita pada sebelah malam kini diterangi cahaya lampu menerusi pembekalan elektrik secara percuma dari projek Hidro Mini Spaya.

Rumah Panjang David Ujan yang terletak jauh di Pendalaman Ulu Engkari di sini, mempunyai 51 keluarga dan dihuni oleh kiura-kira 320 penduduk tetap.

Hidro Mini Spaya yang bernilai RM70,000.00 hasil kerja gotong-royong antara Jabatan Kerja Raya, Gereja Baptist Sarawak dan penduduk Rumah David Ujan, hanya mengambil masa 21 hari untuk siap sepenuhnya.

Projek yang dihasilkan dengan ‘ pukulan’ air deras ini adalah yang pertama dibina di rumah panjang di Daerah Lubok Antu.

Ketika merasmikan projek tersebut, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang Gandum berkata, Projek ini Berjaya dibina di Hulu sungai dengan begitu pantas berikutan ia mendapat kerjasama yang begitu baik oleh penduduk setempat.

Turut hadir semasa perasmian projek Mini Hidro Spaya ialah Ahli Parlimen Lubok Antu En William Nyalau Badak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai En Malcom Mussen Lamoh.

Sehubung dengan itu Salang selaku Ahli Parlimen Julau berpesan agar semangat gotong royong yang begitu mendalam diamalkan oleh masyarakat Iban suatu ketika dahulu terus dikekalkan selama lamanya. 

Semantara itu, Penolong Jurutera Kanan Ibu Pejabat JKR Sarawak Martin David Jemut yang merupakan orang bertanggungjawab melaksanakan projek itu memberitahu dua lagi projek sama akan dibina di Daerah Lubok Antu.

Rumah panjang itu ialah Rumah Jamban , Bilararap Ulu Lemanak dan Rantau kemayau Manis, Ulu Engkari.

  kawasan pendalaman Sarawak ( Hulu sungai ) banyak sumber air deras untuk menjana projek Hidro Mini.

INI LAH USAHA YANG BERHORMAT BARISAN NATIONAL UNTUK MEMBANTU SUPAYA SEKURANG KURANGNYA MASYARAKAT DI LUAR BANDAR BOLEH MENIKMATI KEMUDAHAN ASAS YANG DIPERLUKAN.

MASIH BANYAK KAWASAN PENDALAMAN SARAWAK TERUTAMANYA RUMAH PANJANG YANG BELUM  MENIKMATI KEMUDAHAN ASAS BEKALAN ELEKTRIK 24JAM SELAIN DARIPADA KAWASAN LUBOK ANTU SEPERTI DI BAHAGIAN KAPIT, BARAM, LIMBANG DAN LAWAS.






.

No comments:

Post a Comment