Saturday 21 April 2012

BN Bakal hilang kerusi MP Majority Dayak????


                                                                                           Ketua Menteri Sarawak

..“”Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan kelulusan penubuhan Parti Pekerja Sarawak (SWP) sebagai sesuatu yang positif dalam konteks sebuah negara demokrasi.

Malahan, menurut beliau, terpulang kepada rakyat untuk memilih mana-mana parti yang mereka sukai pada pilihan raya di negara ini.””.. Petikan dari akhbar UtusanBorneo.

Ungkapan seperti pada petikan perenggan kedua diatas tidak sepatutnya diungkapkan oleh seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional Negeri, kerana ianya boleh ditafsirkan dalam banyak bentuk tafsiran.

Pertama sekali mungkin ramai yang akan berpendapat bahawa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak ada TEKANAN dari Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana PRU13 kali ini merupakan lebih kepada pertandingan diantara parti UMNO dan Pakatan Rakyat. 

Pehin Sri Taib dan Parti PBB sudahpun berasa selesa kerana Pilihan raya Negeri Sarawak sudahpun selesai pada bulan april tahun lepas. Yang mana PRN10 lepas lebih kepada pertandingan parti tunjang belakang Negeri iaitu PBB menentang Pakatan Rakyat.

Pada ketika pilihan raya Umum yang semakin hampir, Pehin Sri Taib sepatutnya mengungkapkan perkataan “ RAKYAT HARUS MEMILIH BARISAN NASIONAL ATAU MEMILIH MANA-MANA PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL”. Bukannya menyerahkan kepada rakyat untuk memilih sendiri parti mana yang hendak dipilih semasa PRU13 akan datang.

Macam mana pula sekiranya rakyat memilih parti pembangkang iaitu Pakatan Rakyat?? Pada pendapat saya tak mungkin Pehin Sri Taib mahu merelakan rakyat memilih parti yang menentang Barisan Nasional.

Kenyataan Taib boleh menyinggung perasaan parti komponen BN???

                                                                                       Keratan akhbar Utusan Sarawak

Merujuk kepada pendaftaraan Sarawak Workers Party( SWP) oleh ROS baru-baru ini sudah tentu akan menyingung perasaan ahli-ahli dan pemimpin parti Komponen BN terutamanya di Sarawak. ( Saya merujuk kepada parti SPDP, PRS & SUPP ) malah mungkin ada juga dari ahli-ahli parti PBB yang tersinggung.

SWP yang diketuai oleh Dato Sng Chee hua telah dengan jelas mengatakan menerusi akhbar bahawa SWP akan bertanding di Kawasan Luar Bandar yang pengundinya majority kaum Dayak. Ini bermakna Parti komponen BN yang akan ditentang oleh SWP ialah PRS, SPDP & beberapa calon BN-PBB.

Walaubagaimanapun SWP hanya memberi focus untuk menentang calon BN-PRS di enam kawasan iaitu Selangau, Julau, Hulu Rajang, Lubok Antu, Sri Aman dan Kanowit. ( Former Julau MP tells gathering Sarawak Workers Party (SWP) gunning for PRS seats.... Petikan dari Borneo Post )

Maka disini boleh dikatakan bahawa Parti PRS lah yang paling kecewa dan tersinggung dengan kenyataan Taib, iaitu dimana Taib telah dengan jelas mengatakan bahawa “Parti baru (SWP) boleh sertai BN jika itu yang rakyat mahukan”.

                                                                                   Keratan akhbar Borneo Post

Kalau dilihat dari segi Sejarah parti politik kaum dayak, ramai yang menunding jari kepada Taib. Ramai yang mengatakan kerana kebijaksanaan Taib lah punca perpecahan parti kaum Dayak.

Kenyataan Taib yang seolah-olah menyukong pendaftaraan SWP, sekali lagi kaum dayak akan menunding jari kepada Taib, iaitu permainan politik individu untuk melemahkan popularity parti berasaskan dayak iaitu PRS.

Pada kali ini ramai yang berpendapat bahawa strategi pecah dayak ini tidak akan Berjaya, tetapi sebaliknya akan memberi impak yang besar kepada Barisan Nasional, ini adalah kerana ramai kaum dayak yang kecewa akan lebih rela menyukong Pakatan Rakyat untuk meluahkan perasaan mereka.

Kalau dilihat daripada reaksi kaum dayak semenjak kehadiran SWP sehari dua ini boleh dikatakan hampir semua yang meluahkan perasaan kecewa. …. “PARTI KAUM DAYAK DIPECAHKAN LAGI”

Kesimpulannya Penubuhan SWP akan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menarik dan menghasut kaum dayak supaya terus menentang Barisan Nasional..Walaupun begitu Pehin Sri Taib lebih arif dalam mencaturkan permainan politik beliau, mungkin dengan adanya SWP akan memberi kemenangan kepada BN pada PRU13 nanti.


.

No comments:

Post a Comment