Monday, 23 January 2012

SELANGOR. RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA SEMAKIN BERLELUASA??

 
 
 
Pembangkang kini sedang asyik menyerang UMNO dengan pelbagai tuduhan penyelewengan walaupun kesemua pertuduhan tersebut tidak disusuli dengan bukti kukuh. Serangan bertubi2 ini dilakukan bagi menutup penyelewengan besar2 an yang berlaku melibatkan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim pada ketika ini.

Perhimpunan Agung UMNO hari ini sekali lagi menyaksikan pendedahan Perwakilan dari Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz yang mengulangi pembongkaran yang diperakui Kerajaan Negeri mengenai jumlah gaji Pengurus Besar PKNS yang dilantik MB tersebut.


Jumlah gaji beserta Elaun RM40 Ribu sebulan diperakui Khalid Gagap yang mempertahankan jumlah tersebut diberikan oleh Kerajaan Negeri.  Komisyen luar biasa turut diberikan kepada Penjawat2 PKNS yang lain yang menimbulkan seribu 1 persoalan. Itu belum dikira komisyen2 dari Ahli2 Majlis, Exco2 Negeri dan MB Selangor sendiri. KLIK DI SINI untuk laporan penyelewengan ini.
 
 
Datuk Johan juga mengingatkan semula kepada para perwakilan mengenai Kontol Besi Yayasan Selangor yang bukan tidak mengotakan janji PRU 12 iaitu penyediaan premis yang cukup dan latih usahawan, malah kesemua aset Yayasan telah dijual dengan tergesa2. Paparan Lanjut KLIK DI SINI.

“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.
 
 
Isu Yayasan Selangor yang merupakan milik rakyat Negeri tersebut turut dikritik Sultan Selangor kerana mengeluarkan jumlah wang peruntukan yang sangat besar untuk menyambut Ulang Tahun Yayasan terbabit. Akan tetapi Majlis yang turut diboikot Sultan dilihat tidak 'serasi' dengan jumlah peruntukan yang dijual. WANG BOCOR!!

Mereka dok kata UMNO Korup dan Rasuah. PKR pimpinan Anwar Bersih dari rasuah. Mentaliti itulah yang berjaya dan terus dipergiat agar tertanam di minda masyarakat.
Khalid Gagap dipersalahkan. Khalid Gagap sahaja. Lupakah kita Anwar adalah Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor? Oh, mereka telah mindset bahawa setiap kali ada pertuduhan negatif terhadap Anwar, ianya fitnah.
 
 
Banyak lagi pendedahan penyelewengan mereka yang jauh lebih jelas dengan bukti berbanding tuduhan mereka terhadap Pemimpin2 UMNO. Persoalannya,kenapa diam membisu tanpa sebarang tindakan. UMNO MESTI SERANG!! SERANG KERAJAAN PKR SELANGOR!!
 
 SUMBER : ASAP-KOYAN2U
 

 

1 comment: