KUALA LUMPUR: Jika dahulu masyarakat terhibur dengan filem ‘Enam Jahanam’ arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, kini mereka berdepan dengan ‘Enam Jahanam’ versi pembangkang yang boleh menjahanamkan negara, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Katanya, formula ‘Enam Jahanam’ pembangkang itu ialah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.
Filem arahan seniman agung yang ditayangkan pada 1969 itu mengisahkan mengenai enam lelaki yang membentuk kumpulan Enam Jahanam melakukan pelbagai kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat mereka di sebuah kampung bernama Pekan Saroja.
Ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di sini semalam, Khairy berkata, bagi menjahanamkan demokrasi, pembangkang sering menim-bulkan kebangkitan rakyat di Timur Tengah atau lebih dikenali sebagai ‘Arab Spring’ untuk menghasut rakyat Ma-laysia melakukan revolusi jalanan tetapi hakikatnya Malaysia amat berbeza berban-ding dengan negara bergolak seperti Tunisia, Mesir atau Libya.
“Pembangkang menggunakan isu ini bagi meniupkan api kebencian kepada kerajaan dan pada mereka sistem demokrasi ini tidak wujud di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN),” katanya.
Bagaimanapun, Khairy berkata: “Sudah terang lagi bersuluh, keluar daripada mulut mereka sendiri, agenda mereka hanya satu iaitu memastikan Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa jua cara – halal atau haram. Konsep demokrasi ini hanya menjadi alat bermusim ke arah sasaran sempit mereka.”
Ketua Pemuda itu berkata, pembangkang sedang berusaha menjahanamkan sistem pentadbiran dengan yang terbaru mereka mendakwa mahu mengurangkan jumlah penjawat awam jika berkuasa kerana nisbah mereka dengan penduduk Malaysia tinggi dan membebankan.
“Negara tidak mungkin mengecapi kemakmuran sebegini tanpa sokongan dan usaha gigih sektor awam tetapi jelas ini bukan pertimbangan bagi pihak pembangkang,” katanya.
Beliau berkata, pembangkang juga tergamak menjatuhkan maruah negara dan ada pemimpinnya ke luar negara memburukkan-buruk-kan kepimpinan negara.
Ada juga pemimpin DAP yang memperlekehkan Jalur Gemilang dan mendakwa lebih sanggup mengedarkan bendera parti mereka kepada orang ramai daripada bendera kebangsaan, katanya.
Khairy berkata, pembangkang cuba merosakkan sejarah negara dengan menyanjung pemimpin yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan membunuh isteri dan anak-anak anggota polis sebagai pejuang kemerdekaan, sebaliknya anggota polis dilabelkan sebagai tali barut British.
“Inilah realiti sekiranya penjunjung komunis dibiar menentang negara. Lesap habis segala fakta sejarah. Ke-semuanya bakal diganti mitos pro komunis yang menyanjung pengganas, para pembunuh anggota polis. Sejarah negara dan asal-usul bangsa menjadi mangsa keempat pakatan jaha-nam,” katanya.
Beliau berkata, ekonomi negara boleh jahanam sekira-nya janji-janji manis di dalam Buku Jingga pembangkang dilaksanakan kerana jika dilaksanakan hutang kerajaan akan mencecah RM617 bilion pada tahun kedua pelaksa-naannya. — Bernama
Sumber : Utusan Borneo
.
No comments:
Post a Comment