Wednesday 24 August 2011

SURAT HAK MILIK TANAH NCR !!! SELEPAS PERIMETER SURVEY ??

 
Baru baru ini Kerajaan telah memperuntukan tambahan sebanyak RM30 Juta lagi untuk tujuan melaksanakan kerja pengukuran perimeter survey tanah NCR di Sarawak. Usaha Kerajaan memberi peruntukan tersebut sangat dialu alukan oleh pemilik tanah NCR. Walaubagaimanapun usaha Kerajaan Barisan Nasional yang sangat dinanti-nantikan oleh pemilik tanah NCR ialah pengukuran secara INDIVIDU.

Pengukuran secara individu dan mengeluarkan surat Hakmilik tanah oleh Kerajaan kepada pemilik tanah NCR akan membolehkan dan meyakinkan pemilik tanah NCR untuk memajukan tanah NCR tersebut secara persendirian ataupun secara JV dan sebagainya.

Seperti yang diketahui umum terdapat Badan Kerajaan seperti RISDA yang mempunyai peruntukan untuk membantu pekebun kecil ( penanaman semula GETAH ). Walaubagaimanapun usaha RISDA untuk membantu pekebun kecil tidak dapat dilaksanakan kerana SYARAT utama RISDA ialah Tanah tersebut mesti ada LAND TITLE (Surat Hak Milik ).


Saya bukan nak mengajar Kerajaan , Tetapi atas dasar Kerajaan yang ingin meningkatkan taraf ekonomi rakyanya, maka Apa yang Kerajaan patut lakukan sekarang ialah mempercepatkan proses perimeter survey tanah NCR seterusnya melaksanakan pengukuran secara INDIVIDU DAN MEMBERI SURAT HAK MILIK TANAH..

DENGAN JASA BAIK PIHAK KERAJAAN BARISAN NASIONAL SELURUH PEMILIK TANAH NCR BERHARAP DAN MENYAMBUT BAIK USAHA KERAJAAN TERSEBUT. Kerajaan Barisan Nasional juga perlu menilai semula kenapa sokongan kaum Dayak terhadap BN semakin menurun seperti yang telah dibuktikan pada Pilihan raya Negeri lepas. Ramai yang mengatakan bahawa kaum Dayak tidak berpuas hati dengan Kerajaan berkaitan dengan ISU TANAH NCR..

Pihak Kerajaan harus peka dan menyelesaikan sebaik mungkin, bahawa ISU TANAH NCR merupakan senjata utama pihak Pembangkang untuk menentang Barisan Nasional.

Sumber dari Utusan Borneo seperti dibawah membuktikan KERAJAAN BARISAN NASIONAL MELINDUNGI Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) 

                 Pengukuran tanah usaha berterusan: JTS
Pengukuran perimeter tanah NCR kawasan empat penghulu di Saratok dilakukan selepas raya

SARATOK: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Betong akan melaksanakan kerja pengukuran perimeter tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah inisiatif baru NCR bagi kawasan pentadbiran Penghulu Ali Bin, Penghulu Isa Geng, Penghulu Garan Chunggut dan Penghulu Amit @ Hamid Salleh, selepas Hari Raya nanti.

Penguasa JTS Betong Anthony Aboi berkata, pengukuran kesemua tanah NCR di daerah Saratok itu merupakan usaha berterusan kerajaan dan JTS meskipun tanpa pilihan raya.

“Adalah menjadi harapan kepada JTS agar penghulu, tuai-tuai rumah, ketua-ketua kampung dan pemilik-pemilik tanah NCR agar dapat memberi kerjasama kepada JTS semasa menjalankan kerja-kerja pengukuran perimeter kelak.

“Penduduk kawasan Saratok sepatutnya berasa amat beruntung kerana kawasan NCR yang mereka perjuangkan selama ini akhirnya diluluskan oleh kerajaan meskipun pada langkah pertama hanya disukat perimeter dan seterusnya diwartakan sebagai Rezab Guna Sama (Pertanian) Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri,” kata Anthony.

Pada langkah kedua kelak, ia akan disukat secara individu dan seterusnya dikeluarkan dengan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri, katanya.

“Sepertimana di kawasan Entebu/Selambong/Bajau, Saratok mereka boleh menarik nafas lega apabila kawasan NCR mereka telah diwartakan sebagai Rezab Guna Sama (Pertanian) Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan salinan warta tersebut telah disampaikan kepada tuai-tuai rumah di kawasan tersebut oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan baru-baru ini,” tambahnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dialog Lapangan Inisiatif Baru bagi kawasan empat orang penghulu di kawasan Saratok, baru-baru ini. Majlis tersebut diadakan di Dewan Masyarakat Saratok.

“Komunikasi dua hala dari peringkat bawah seperti ini amat ditekankan agar masyarakat setempat mempunyai peluang untuk mengutarakan soalan pandangan dan pendapat mereka.

“Sebarang aduan dan permasalahan berhubung inisiatif baru NCR bolehlah disalurkan kepada saya atau pegawai-pegawai saya kerana Jabatan Tanah dan Survei sentiasa bekerjasama rapat dengan penghulu, ketua-ketua masyarakat bagi mencari jalan penyelesaian kepada sebarang isu-isu berkaitan dengan inisiatif baru NCR,” katanya.

Menurut Penghulu Garan, penyerahan gazet oleh Awang Tengah adalah bukti jelas yang kerajaan sentiasa mengiktiraf tanah NCR dan beliau menafikan sekeras-kerasnya dakyah pembangkang yang mengatakan pengukuran perimeter adalah untuk diagih-agihkan kepada syarikat-syarikat tertentu.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua komuniti Iban di Saratok agar menyokong penuh dasar inisiatif baru NCR yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun lepas.

Sementara itu, Penghulu Isa Geng melahirkan penghargaan kepada kerajaan kerana akhirnya menunaikan impian mereka untuk melihat tanah NCR mereka disukat.

“Kami berterima kasih kepada bekas wakil rakyat Datuk Peter Tinggom atas usahanya sehingga berjaya memohon kepada JTS untuk menyukat tanah NCR kami,” katanya sambil menambah usaha itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk membantu rakyat di Saratok.

Turut hadir Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Saratok Desmond Reynold Jemen, Juruukur JTS Betong Kudie Sandak, Pegawai Tanah JTS Betong David Laeng, kaunselor-kaunselor, penghulu-penghulu serta lebih 200 orang masyarakat setempat di sini.

.

No comments:

Post a Comment