Saturday 23 July 2011

PEMBANGUNAN OLEH KERAJAAN BARISAN NATIONAL



Walaupun keadaan bentuk Geografi yang berbukit bukau, Beberapa Projek jalan raya telahpun dilaksanakan dan dalam perancangan untuk dilaksanakan di kawasan DUN N56 Baleh.

Menurut Presiden PRS Dato Sri Dr James Jemut Masing, Perlaksanaan projek Jalan Raya dari Nanga Mujong ke Entawau dan dari Mujong ke Tunoh sepanjang 110 KM sudah bermula pada awal tahun ini. Setelah siap kelak,Projek yang menelan belanja sebanyak RM 2 Billion ini pasti akan menguntungkan keseluruhan penduduk di kawasan terbabit.

Selain dari itu, Kerajaan sedang melaksanakan projek jalan raya sepanjang 6.67KM yang menelan belanja sebanyak RM 56 Juta, projek ini telah bermula pada Ogos 2010 dan dijangka siap pada Ogos 2011. Jalan Raya tersebut akan bermula dari RH Kuta/Ugap ke SK Rantau Panjai, Sg Bena, Sut Baleh.

Jalan Raya sepanjang 7 KM yang sudah siap sekarang ialah menghubungkan Kapit ke Ng Entaroh-Sungai Sut. James Masing berkata jalan raya telah banyak membawa kesenangan kepada rakyat di Baleh.
Jalan Raya sepanjang 17 KM di Mujong telah pun dilaksanakan pada tahun 2007 dengan kos sebanyak RM110 Juta.

Untuk menikmati pembangunan yang berterusan oleh Kerajaan Barisan National, James Masing telah menyeru supaya penduduk di kawasan DUN N56 Baleh terus Menyukong Barisan National.

sumber : Orangpanggau
.
.
.

No comments:

Post a Comment