PENUH PENGHORMATAN: Anggota tentera memberi tabik hormat ketika keranda khas 21 anggota Iban Trackers yang diterbangkan khas diusung keluar dari pesawat TUDM untuk dikebumikan semula di tanah air,
KUCHING: Ketibaan 21 rangka ‘Bujang Berani’, iaitu perwira atau pahlawan kaum Iban yang diterbangkan khas menggunakan pesawat Ten-tera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disambut dengan suasana penuh kepiluan dan tangisan oleh ahli keluarga dan waris mereka.
Pesawat Hercules Charlie yang membawa 21 rangka perwira yang terkorban di Semenanjung Malaysia dan Singapura ketika menentang komunis pada zaman darurat dari tahun 1951 hingga September 1963, selamat tiba di pangkalan TUDM Kuching pada jam 1.15 petang semalam.
Ketibaan pewira-pewira itu turut disambut dengan penuh adat istiadat dengan upacara yang dinamakan ‘Piring Turun Sembilan Nyambut Bujang Berani’ yang diadakan khas bagi memberi penghormatan kepada ahli keluarga mereka dan diketuai oleh Temenggung Kanang Anak Langkau.
Semua 21 rangka wira Iban yang dibawa pulang itu ialah milik Prebet Entap anak Tulu; Prebet Nyantau anak Juna; Prebet Manit anak Cheling; Prebet Nyaru anak Talap; Prebet Mat anak Akit; Prebet Adrian Tandang; Prebet Empati Dugu; Border Scout Utot anak Tangang, yang dikebumikan di Perkuburan Tentera Terendak, Melaka.
Sementara Prebet Bulan anak Kasau, Prebet Kelambu anak Gadong; Prebet Untang anak Engan serta Prebet Rejab anak Bagi dikebumikan di Per-kuburan Jalan Cheras, Kuala Lumpur.
Prebet Ugap anak Utut; Prebet Letan anak Kusing; Prebet Nyambik anak Pasang dan Prebet Kumpang anak Tinggi dikebumikan di Per-kuburan Kristian Jalan Kamunting Taiping.
Prebet Jaweng anak Jugah dan Prebet Unggat Jugom di-semadikan di Perkuburan Kristian Batu Gajah Perak dan Lans Koperal Ungkok anak Jugam yang disemadikan di Perkuburan Kristian, Jalan Sultanah, Alor Setar.
Ketika Prebet Unggat Jugom tewas di medan perang pada tanggal 7 Disember 1955, Ma-rilyn Lawas Unggat, 56, yang merupakan anak bongsu dari empat beradik hanya berusia empat bulan ketika itu.
Walaupun tidak pernah mengenali ayahnya secara peribadi kecuali berdasarkan potret, namun beliau sentiasa mengenangnya sebagai seorang wira sejati.
Beliau berasa lega kerana akhirnya dapat ‘bertemu’ buat kali pertama dengan ayahnya apabila rangkanya dikembali-kan tanah air selepas 56 tahun disemadikan di Perkuburan Kristian Batu Gajah Perak.
Katanya, sepanjang 56 tahun ini, mereka tidak pernah melawat kuburnya di Perak dan lega kerana mereka akhir-nya dapat mengunjungi pu-saranya.
“Ketika pesawat mendarat, hati saya berdebar-debar dan berasa sangat gembira pada masa yang sama kerana seolah-olah melihat wajah ayah … akhirnya ayah saya dapat ‘kembali’ ke sini,” katanya dengan sebak kepada pemberita semalam.
Marilyn memberitahu, mereka hanya mengetahui program Ops Mai Pulai itu ketika mendengar siaran berita menerusi radio pada Ahad lepas.
Katanya, mereka kemudiannya bergegas ke Kuching, dari Kapit dan tiba di sini pada malam Isnin.
“Keluarga kami mengucapkan banyak-banyak terima kasih tidak terhingga kepada kerajaan kerana berjaya membawa balik ayah kami, termasuk 20 wira yang lain ke tanah air,” katanya.
Pegawai Waran Kedua (B) Sengalang Uyang, 74 yang merupakan Iban Trekkers antara Iban Trekkers yang masih hidup turut diberi penghargaan untuk mengiringi rakan-rakanya yang terkorban dalam penerbangan kembali ke Sarawak.
Antara rakan satu pasukannya yang terkorban adalah Prebet Entap Tulu, Prebet Nyambik Pasang dan Prebet Unggat Jugom.
Mengimbau kembali saat sama-sama berjuang satu ketika dahulu, Sengalang yang berasal dari Ulu Kapit memberitahu bahawa amalam patriotik dalam diri mereka sangat tinggi dan semangat untuk menentang musuh bagi menjaga keamanan negara amat berkobar-kobar.
“Dalam awal penerbangan tadi (semalam), saya berasa amat sedih kerana mereka kembali dalam keadaan tidak bernyawa…namun, setibanya di sini, saya bersyukur kerana akhirnya mereka dapat dikembalikan ke pangkuan keluarga dan juga Sarawak,” katanya.
Sementara itu, Kanang yang juga merupakan seorang wira terulung dalam menjaga keamanan negara turut melahirkan ribuan terima kasih atas jasa-jasa dan sumbangan kerajaan, badan-badan berkanun, Angkatan Tentera Malaysia dan yang terlibat atas segala usaha membawa balik rangka perajurit tersebut.
“Bagi yang tidak sempat menghadiri majlis menyambut ketibaan Rangka Sarawak Renjer dan Iban Trekker, datanglah beramai-ramai esok (hari ini) bagi menyaksikan pengkebumian semula ‘Bujang Berani’ (pewira) ini,” katanya.
Cadangan membawa balik wira tersebut telah dikemukakan oleh Lt Kol (B) Robert Rizal Abdullah.
Pejuang tanah air itu akan hari ini jam 4 petang di sebuah tapak perkuburan kristian berdekatan dengan Gereja St Thomas.
BERJASA: Ahli keluarga Iban Trackers menyambut ‘kepulangan’ wira dengan penuh pilu
Sumber : Utusan Borneo
.
No comments:
Post a Comment