Tuesday, 28 June 2011

KOMUNIS RESAPI BERSIH



KUALA LUMPUR 27-Jun, Ancaman terhadap keselamatan Negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih ) berada pada tahap membimbangkan.

Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan Kerajaan.

Hakikat ini terbukti selepas sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo 59, dan seorang warga Korea, Min Young Song, 24 ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, kedua dua warga asing itu memasuki Negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) asing yang berpangkalan di luar Negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.

“kita tidak menolak kemungkinan Castillo ini mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat Negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas.

“Yong Song ini pula memasuki Malaysia sejak 19 Mac lalu merupakan ahli pertubuhan 18 Mei, di korea, dan dia hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

“Warga Korea itu kini ditahan dibawah Akta Imigresen dan akan diusir serta merta.

“Kini semuanya jelas bahawa Bersih sebenarnya terlalu Kotor, mereka bukan lagi berjuang untuk system pilihan raya yang adil tetapi sebenarnya bertujuan untuk memusnahkan keamanan Negara.

National Democratic Institute adalah sebuah organisasi di bawah National Endowment of democracy (NED) yang dinaungi bekas Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, iaitu sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.

Semalam, 31 penyokong Bersih yang diketuai pemimpin PSM, Dr Jayakumar Devaraj ditahan dan Polis menemui baju T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’.


SUMBER : Pribumi Perkasa Negara.

No comments:

Post a Comment