Monday, 22 August 2011

Anwar akan dibebaskan setelah berjaya "BUKTIKAN" Saiful tidak diliwat.




AIDCNews – 22/08/11 – Jika orang ramai yang selama ini beranggapan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai hujah dan fakta yang kukuh semasa pembelaan, namun anggapan itu ternyata meleset, apabila Ketua Umum PKR itu sendiri memilih untuk memberi kandang tertuduh dan tidak memberi kebenaran untuk para pendakwa mencabar kesahihan keterangannya itu.

Ini diperkukuhkan lagi dengan tindakan Anwar membacakan kenyataan Bahasa Inggeris setebal 32 muka surat yang disulami ulasan politik dengan diselang seli dengan petikan ayat Al Quran dan kata falsafah Shakespeare.

Ketika menjelaskan tentang Mohd Saiful Bukhari Azlan, Anwar hanya menghuraikan kembali tanpa memberi hujah lain selain membenarkan keterangan saksi utama itu di mahkamah.

Selain itu, hujah-hujahnya ketika mematahkan hujah-hujah saksi utama itu hanya berdasarkan logik aqal dan sangat lemah.

Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” katanya.

Mengakui Saiful Bawa Bahan Pelincir dan Minum Bersama

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja.

Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas alasan takut.

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” katanya

Baca Seterusnya...., KLIK DISINI



.

No comments:

Post a Comment