Tuesday, 5 July 2011

KENYAATAN TERBARU POLIS, BERKENAAN PENGGUNAAN BOM UNTUK BERSIH !!!



Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata,taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.Polis merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.



Antara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails,23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.



Di Kuala Lumpur,barangan itu dijumpai di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo,Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama setelah mendapat maklumat.Menurut timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh,barangan itu termasuk bom petrol dan mercun yang dijumpai disembunyikan di pasu bunga di tiga lokasi manakala baju T BERSIH pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah berkenaan.



"Pada 4.30 pagi, dua orang awam sedang menggunakan tandas di belakang Kompleks Pertama dan melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di mana mereka menaiki kereta Proton Waja.Kesemua mereka bertopeng dan telah berhenti berdekatan tandas awam itu sebelum menyembunyikan sesuatu dan kejadian itu disedari orang awam tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Ditanya wartawan berhubung kemungkinan pertubuhan BERSIH 2.0 dikhianati dengan perjumpaan barangan itu dirancang, Amar berkata pihaknya sedang menyiasat semua kemungkinan.



“Kemungkinan besar barangan itu akan digunakan semasa perhimpunan. Siasatan awal, mereka akan gunakannya. Kami bimbang apa yang mungkin berlaku pada hari tersebut,” katanya.

Amar Singh juga enggan mengesahkan sama ada beliau merujuk kepada BERSIH 2.0 tetapi apabila diasak wartwan,beliau mengambil sehelai baju T dan menunjuk ke arahnya.

"Ini amat jelas,” kata Amar tanpa mengulas lanjut.

Menurutnya ketiga-tiga suspek itu kemudian telah berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah restoran sebelum bergerak ke Wisma Bumi Raya yang terletak kira-kira 150 meter dari restoran itu.Amar berkata suspek kemudian bergerak dan berhenti di hadapan kompleks Sogo sebelum melarikan diri.Beliau berkata polis kemudian dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan gerakan mengesan barangan yang disembunyikan itu dilancarkan.

"Kira-kira pukul 6.30 pagi,semua barangan tersebut kemudian ditemui di dalam plastik hitam," katanya.

Menurutnya siasatan awal polis mendapati bom petrol atau molotov cocktails itu dipercayai buatan sendiri dan boleh membunuh orang jika digunakan dan selain itu,polis telah mengambil beberapa sampel cap jari yang ditemui di beberapa
senjata tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Sementara itu UTUSAN pula melaporkan polis juga merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama Bentong.Laporan itu turut menyebut rampasan berkenaan disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH),Sabtu ini. Ketua Polis Selangor,Datuk Tun Hisan Hamzah berkata,taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

BERNAMA pula melaporkan dalam serbuan itu polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong.Datuk Tun Hisan Hamzah berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.

"Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu,kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

"Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

Sehubungan itu,Datuk Tun Hisan Hamzah berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan.

"Polis tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap ia serius dan mengancam keselamatan," katanya.

Datuk Tun Hisan Hamzah berkata sebanyak 399 laporan dicatatkan di Selangor berhubung bantahan menganjurkan perhimpunan haram berkenaan membabitkan 44 tangkapan.
Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

SUMBER : BADUT RAKYAT







36 BOM DI RAMPAS OLEH POLIS ???



                    Beberapa senjata yang dirampas bersama baju-T berlambang Bersih 2.0



Polis merampas 20 bilah parang,36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14,Jalan Gombak Lama,malam semalam,disyaki berkaitan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih),Sabtu ini.

Dalam serbuan itu,polis turut menemui 44 baju-T berlambang Bersih 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang kesemuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.Ketua Polis Selangor,Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat

                                     NASIB BAIK TAK JADI PERHIMPUNAN HARAM !!!                                                                      KALAU JADI ???
                                                  RENUNG-RENUNGKAN

Sumber : Badut Rakyat















Sunday, 3 July 2011

Ramai masih jahil ancaman komunis

Pahlawan negara saran kerajaan lancar kempen kesedaran bahaya fahaman komunis.


                                      
                                            KANANG ak LANGKAU

SRI AMAN: Seorang wira negara menyarankan supaya kerajaan melancarkan kempen publisiti secara meluas mengenai ideologi dan kesan fahaman komunis terhadap masyarakat bagi menangani kononnya cubaan mewujudkan semula fahaman itu menjelang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Kanang anak Langkau, bekas Pegawai Waran 1, yang pernah terbabit dalam operasi memburu komunis, berkata generasi sekarang tidak akan memahami kezaliman dan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat semasa pemberontakan komunis di negara ini pada 1948 hingga 1960.

“Salah satu cara menimbulkan kesedaran rakyat tentang fahaman komunis adalah dengan menceritakan sejarah ideologi komunis di Malaysia yang membawa kepada pembunuhan beramai-ramai pada zaman itu,” katanya kepada Bernama di sini semalam.

Kanang, yang berusia 67 tahun, merupakan satu-satunya penerima kedua-dua anugerah Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan (SP) yang masih hidup.

Katanya cubaan menghidupkan semula ideologi komunis mungkin terselindung di sebalik kemajuan teknologi dan maklumat dalam Internet sehingga gagal dikesan oleh kerajaan.

“Adalah penting bagi rakyat dan kerajaan mengesan elemen-elemen ini pada peringkat awal lagi,” katanya.

Sambil menyokong tindakan tegas polis dalam menjaga ketenteraman awam, Kanang berkata sudah tiba masa bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi memberi isyarat jelas kepada mereka yang berhasrat menyebarkan ideologi komunis di negara ini.

Beliau juga mencadangkan Kementerian Pelajaran memberi pendedahan mengenai bahaya fahaman komunis kepada pelajar dari peringkat sekolah rendah.

“Generasi muda perlu diajar menghargai pengorbanan perajurit negara dalam mengekalkan keamanan semasa era pemberontakan komunis di negara ini,” katanya

Kanang berkata salah satu sebab utama ramai masih jahil mengenai ancaman ideologi komunis adalah kerana keamanan dan keharmonian yang dinikmati oleh generasi muda sekarang.

“Adalah sedih dan tidak sensitif oleh kumpulan tertentu yang cuba menghidupkan semua ideologi komunis…satu tindakan yang tidak menghormati pengorbanan perwira negara dalam mempertahankan keamanan negara pada era itu,” katanya.

Keberanian Kanang dalam operasi memburu penganas komunis tercatat dalam sebuah buku berjudul “Kanang Cerita Seorang Pahlwan” yang ditulis oleh Mejar (B) Maznan Nordin dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). — Bernama 





Saturday, 2 July 2011

LARRY Sng SERTAI KABINET!.. APAKAH AGENDA DISEBALIKnya???



Kenyataan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo yang mengatakan bahawa Larry Sng akan menyertai semula Kabinet Negeri dalam Jabatan Ketua Menteri hanya akan menimbulkan tanda tanya dan ada agenda yang tersirat disebalik perlantikan tersebut. Sesuatu yang tidak masuk akal sekiranya Ketua menteri Pehin Sri Taib Mahmud melantik seseorang yang bukan ADUN untuk dilantik menjadi wakil dalam Jabatan Ketua Menteri ataupun dalam cabinet Negeri. Ini kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah Politik Sarawak seseorang yang tidak dipilih oleh rakyat dalam sistem Demokrasi menjadi wakil rakyat di dalam DUN Sarawak. Kalau di Kerajaan Pusat memang boleh melantik seseorang dari Parti Politik menjadi Senator...

APA KAH KEISTIMEWAAN LARRY SNG????  PERLANTIKAN LARRY SNG HANYA MEMBAZIR PUBLIC FUND!!!

Kalau setakat Larry menunjukkan prestasi yang baik sebelum ini, itu bukan alasan yang manusabah untuk melantik beliau ke Jabatan Ketua Menteri, kerana masih ramai lagi Ahli Dewan Undangan Negeri dari Barisan National yang di pilih rakyat lebih layak untuk dilantik ke Jabatan Ketua Menteri untuk memikul tanggungjabwab dalam hal ehwal belia. Kalau Pehin Sri Taib hendakkan yang muda, Barisan National ada YB dari komponen parti BN seperti YB Dennis Ngau, YB Snowdan Lawan, YB Ripin Lamat, YB Ricky@Mhd Razi Sitam dan ramai lagi YB dari Barisan National yang mempunyai pelajaran serta berpendidikan. Pada pandangan saya mereka ini jauh lebih layak daripada Larry Sng untuk memegang jawatan dalam Jabatan Ketua Menteri.. Tiada sebab kenapa perlunya Larry dilantik semula ke Jabatan Ketua Menteri???. Lupakan Larry!!!

Sebenarnya Larry Sng tidak setia kepada Barisan National. Semasa Pilihanraya Negeri yang lepas, ayah kandung Larry Sng iaitu Dato Sng (bekas ADUN N54 Pelagus) telah dengan terang-terang menaja calon Bebas iaitu YB George Lagong untuk menentang Calon BN-PRS En Stanley Nyitar di DUN N54 Pelagus dengan keputusan calon Bebas George Lagong yang ditaja Dato Sng menang. 


 
Selepas di bedah siasat, kekalahan calon BN di N54 Pelagus ditangan Calon Bebas tajaan Dato Sng yang merupakan ayah kepada Larry Sng, ialah berpunca daripada kegiatan membeli undi oleh Dato Sng. Dato Sng memang popular dengan kegiatan membeli undi (money politic ) semasa pilihanraya. Kes membeli undi di N54 Pelagus oleh Calon Bebas dan Dato Sng (Ayah Larry) telah difailkan di mahkamah dan akan didengar di Mahkamah pada 15 July 2011 ini. 

   Pengelibatan Jalong di hari penamaan calon telah membuktikan Dato Sng & Larry Sng menanja Calon Bebas

Kali pertama kes membeli undi (money politic) oleh Dato Sng yang diheret ka mahkamah ialah pada tahun 1996 dimana calon BN-PBDS ketika itu Mong Dagang telah menewaskan calon BEBAS, En Donald Lawan. Master mind dalam membeli undi ketika itu yang membawa kepada pilihan raya kecil semula ialah Dato Sng. Ketika itu Dato Sng merupakan ahli dan wakil rakyat dari BN-PBDS. 

Pada pandangan saya dan apa yang saya hendak sampaikan disini ialah sekiranya Perlantikan semula Larry Sng ke kabinet Negeri dalam Jabatan Ketua Menteri menjadi kenyataan .! akibatnya ialah sokongan kaum dayak terhadap BN akan semakin terhakis :-

‘ Ini adalah kerana ahli-ahli dalam dayak base parti serta Pemimpin-pemimpin kaum Dayak termasuk Presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing dan ahli-ahli PRS memang tidak suka kalau Larry Sng dilantik semula atau ada pengelibatan dalam kabinet Negeri Sarawak. Sejarah telah menunjukkan dan membuktikan Dato Sng family yang menjadi punca perpecahan PBDS dan hampir-hampir menenggelamkan PRS.

Selepas ketiadaan Sng family dan kroni-kroninya dalam Dayak Base party seperti Parti Rakyat Sarawak (PRS), barulah dapat dilihat dan dirasai kaum dayak mula bersatu semula dalam PRS. Ini dapat dibuktikan apabila PRS telah menang 8 daripada 9 kerusi DUN ( Majoriti Dayak ) yang dipertandingkan pada PRN 10 yang lepas, walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada Pakatan Rakyat yang diketuai PKR. Satu kerusi tewas ditangan calon Bebas yang ditaja oleh Dato Sng. 

KETUA MENTERI PEHIN SRI TAIB MAHMUD HARUS MEMILIH DAN MELAKUKAN TINDAKAN YANG BIJAK DALAM PEKARA INI. KERANA SEKIRANYA PEHIN SRI MELANTIK SEMULA LARRY SNG KE JABATAN KETUA MENTERI, INI BOLEH MENIMBULKAN KESANGSIAN DIKALANGAN KAUM DAYAK,.. PEHIN SRI TAIB AKAN DILEBELKAN SEBAGAI PUNCA PERPECAHAN KAUM DAYAK DALAM POLITIK . Ini kerana ada dikalangan kaum dayak yang akan beralih kepada parti pembangkang seperti PKR kerana tidak puas hati dengan pemimpin-pemimpin mereka sendiri dan menganggap pemimpin-pemimpin kaum dayak dalam Barisan National lemah dan hanya mengikut telunjuk Pehin Sri Taib Mahmud.








Friday, 1 July 2011

YB George Lagong (BEBAS) MASUK BARISAN NATIONAL????


                                                   Yb George Lagong

Pada PRN10 lepas George Lagong calon bebas menentang calon BN-PRS. Stanley Nyitar di N54 Pelagus. Sudah tentu PRS akan membantah kemasukan beliau ke dalam BN.

Pada PRN 2006 Jonical Rayong calon SNAP menewaskan calon dari Parti BN-SUPP di N28 Engkilili., kamudian Rayong keluar dari SNAP dan menjadi BEBAS. Beliau masuk BN kerana diterima oleh Parti BN-SUPP itu sendiri. Iaitu parti yang ditentang beliau. Dan tidak ada bantahan dari komponen BN-PBB,PRS,SPDP.

Pada PRN 2006 juga. Gabriel Adit Demong calon bebas menang menentang calon BN-PRS di N43 Ngemah. Adit cuba masuk BN melalui Parti SPDP, tetapi dibantah PRS, oleh itu Adit tidak diterima menjadi calon BN. Pada PRN10 yang lepas Adit bertanding atas ticket Parti Cinta Malaysia(PCM) dan tewas ditangan calon BN-PRS, Alexander Vincent.

HUBUNGAN BAIK TIDAK MENANDAKAN GEORGE AKAN DITERIMA MASUK BN .. KATA PRESIDEN PRS TAN SRI DR JAMES JEMUT MASING menerusi akhbar Utusan Borneo seperti dibawah :

                                           Tan Sri Dr James Jemut Masing


KUCHING: Hubungan baik George Lagong dengan Ba­risan Nasional (BN) tidak semestinya menandakan be­liau akan diterima masuk ke dalam BN.

Presiden PRS Tan Sri James Masing berkata, kemesraan George dengan BN dan per soalan untuk menyertai parti komponen BN adalah dua perkara berbeza.

“Bagi BN kami akan bermesra dengan mana-mana ahli daripada pihak lain yang ingin bekerjasama dengan kami.

“Namun anda perlu ingat, bahawa mesra dengan BN dan menyertai parti BN adalah dua isu yang berbeza… ia sesuatu yang lebih rumit,” katanya ketika ditemui pem berita selepas menghadiri Ma jlis Penyampaian Anugerah Sijil Platinum ACCA kepada Kolej Sunway Kuching di sini, semalam.

Tambahan kata Menteri Kemajuan Tanah itu, BN mempunyai peraturan tersendiri untuk diikuti bagi memastikan ia terus kuat dan tidak boleh dilanggar sesuka hati.

Beliau memberi contoh, bekas ADUN Telang Usan Kebing Wan yang telah keluar dari BN pada suatu ketika dahulu dan memohon untuk menyertai semula PBB tetapi sehingga kini tidak diterima.

“Selepas anda menentang BN dan kemudian mahu menyertai BN semula bukan sesuatu yang mudah.

“Ia bukan persoalan sama ada kami menerima atau tidak tetapi ia tentang per aturan yang kami gunakan,” tegasnya.

Peraturan itu, kata beliau, harus dikekalkan kerana jika tidak BN tidak akan kukuh hanya kerana ia telah dilang­gar sesuka hati.

Diminta mengulas penyer taan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa yang pada mulanya Bebas dan kini menyertai SUPP, Masing berkata, Rayong diterima kerana tidak ada bantahan daripada mana-mana parti kompenan BN.

“Beliau diterima 100 pera tus oleh semua parti kompo­nen. Tetapi kalau ada parti yang membantah maka tidak dapat diterima dan itulah peraturan kami,” katanya sambil menambah jika tidak ia akan membuka pintu bagi mereka yang berhasrat mahu menjatuhkan BN pada pilihan raya akan datang.

“Satu perkara yang ingin saya tekankan adalah keahlian dan kemesraan adalah dua isu berbeza,” kata Masing.

Kehadiran George pada majlis makan malam Ke lab Penyokong BN Negeri yang dihadiri Ketua Menteri malam Rabu lepas turut dipersoalkan.

Pada pilihan raya negeri April lepas, bekas ADUN Pelagus Larry Sng tidak dicalonkan semula memper­tahankan kerusi itu selepas digugurkan daripada PRS.

Sementara itu, pada pilihan raya lepas George (Bebas) berjaya menewaskan Stanley Nyitar (PRS) dan Edward Sumbang Asun (PKR) dengan majoriti undi 2,837.

George berjaya memper olehi 5,740 undi sementara Edward memperolehi 1,171 dan Stanley 2,903.