Wednesday 29 June 2011

NCR: ‘Model Pengurusan’ diperkenal



Ia diaplikasi buat pertama kali ke atas Tanah NCR dengan kawasan Pasai Siong dibangun sebagai perintis

KUCHING: Kerajaan memperkenalkan model baru dikenali ‘Model Pengurusan’ sebagai model alternatif untuk pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini.

Menteri Kemajuan Tanah, Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, model itu telah lama digunakan oleh FELCRA Berhad di kawasan tanah lain di bawah skim Ladang Rakyat tetapi buat julung kalinya diaplikasikan ke atas tanah NCR.

Menurutnya, di bawah ‘Model Pengurusan’ FELCRA Berhad akan memaju dan menguruskan projek untuk tempoh 25 tahun dan selepas tempoh itu tamat FELCRA akan melakukan penanaman semula di kawasan projek sama dengan syarat mendapat persetujuan pemilik tanah serta dengan dana sedia ada.

“Di bawah program ini, pemilik tanah akan memegang saham sebanyak 90 peratus manakala baki 10 peratus lagi dipegang oleh LCDA (Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah).

“FELCRA akan membiayai semua dana diperlukan dan hanya mengenakan bayaran ke atas kerja-kerja pengurusan dan pemasaran,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan untuk Kementerian Kemajuan Tanah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Masing memberitahu Dewan projek pembangunan tanah NCR Pasai Siong akan dibangunkan menggunakan model baru itu sebagai projek perintis di Sarawak.

“Jika projek ini dilaksanakan dengan jayanya, kita akan memperluaskan model ini untuk membangunkan kawasan tanah NCR yang lain,” tambahnya.

Sementara itu, Masing berkata, menerusi kementeriannya telah memperkenalkan Model Mini Estet bagi membangunkan tiga kawasan dengan kelapa sawit.

Salah satu daripada tiga mini estet kelapa sawit itu, katanya, telah ditanam sepenuhnya dengan tanaman tersebut awal tahun ini iaitu di Lubok Punggor, Samarahan.

“Dua lagi estet mini ini terletak di Kampung Teh, Mukah dan Pedanum, Pakan.

Kedua-dua estet mini masih di peringkat penubuhan dan dijangka ditanam sepenuhnya (dengan kelapa sawit) pada hujung tahun ini,” jelasnya.

Menyentuh mengenai estet mini getah komuniti, Masing berkata, kementeriannya telah mencadangkan penanaman semula kira-kira 500 hektar di Kampung Sekuduk, Jalan Kuching Serian dan Kampung Pesang Padawan dengan klon yang lebih baik.

Cadangan itu katanya, telah pun dihantar kepada kerajaan pusat untuk mendapatkan dana.

Tuesday 28 June 2011

KOMUNIS RESAPI BERSIH



KUALA LUMPUR 27-Jun, Ancaman terhadap keselamatan Negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram, Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih ) berada pada tahap membimbangkan.

Ini kerana, gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan Kerajaan.

Hakikat ini terbukti selepas sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo 59, dan seorang warga Korea, Min Young Song, 24 ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor, Sabtu lalu.

Sumber memaklumkan kepada Utusan Malaysia, kedua dua warga asing itu memasuki Negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) asing yang berpangkalan di luar Negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.

“kita tidak menolak kemungkinan Castillo ini mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat Negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas.

“Yong Song ini pula memasuki Malaysia sejak 19 Mac lalu merupakan ahli pertubuhan 18 Mei, di korea, dan dia hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpengkalan di Amerika Syarikat.

“Warga Korea itu kini ditahan dibawah Akta Imigresen dan akan diusir serta merta.

“Kini semuanya jelas bahawa Bersih sebenarnya terlalu Kotor, mereka bukan lagi berjuang untuk system pilihan raya yang adil tetapi sebenarnya bertujuan untuk memusnahkan keamanan Negara.

National Democratic Institute adalah sebuah organisasi di bawah National Endowment of democracy (NED) yang dinaungi bekas Setiausaha Negara AS, Madeline Albright, iaitu sekutu Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.

Semalam, 31 penyokong Bersih yang diketuai pemimpin PSM, Dr Jayakumar Devaraj ditahan dan Polis menemui baju T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’.


SUMBER : Pribumi Perkasa Negara.

Sunday 26 June 2011

Perhimpunan haram digerakkan pihak yang tidak sabar untuk berkuasa, kata Najib



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.
Beliau berkata jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, tentunya pembangkang tidak akan dapat berkuasa di lima negeri pada pilihan raya umum yang lepas.

“Kalau kita boleh manipulasi semua pilihan raya ini, baik semua negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Kita bukan orang yang manipulasi pilihan raya. Kita tidak rela berkuasa melainkan kita didokong oleh rakyat. Itu Barisan Nasional,” katanya pada perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-58 di sini, semalam.

“Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita, tetapi janganlah buat sesuatu yang menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata mereka hendakkan kuasa politik,” katanya.

Beliau berkata jika mereka mempunyai keberanian, mereka patut bertanding dalam pilihan raya daripada menganjurkan perhimpunan haram yang akan mewujudkan huru-hara di dalam negara.

“Kalau negara kita huru-hara, mereka akan dipertanggungjawabkan. (Negara) ada undang-undang. Kita hendak jaga kepentingan rakyat negara kita, bukanlah kepentingan orang yang “sesangat-sangat’ hendak kuasa politik, tidak sabar-sabar lagi,” katanya dengan disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata tindakan kumpulan pengacau itu mengadakan perhimpunan haram itu adalah untuk mendapatkan kembali sokongan yang mereka dapat semasa pilihan raya umum 2008 memandangkan kini momentum sokongan rakyat kembali berpihak kepada BN.

“Momentum politik berada di pihak BN dengan kemenangan dalam pilihan raya demi pilihan raya kecil yang mana kita sudah ubah rekod itu berbanding selepas pilihan raya (umum) 2008. Kita juga menang (pada pilihan raya negeri) di Sarawak.

“Mereka sudah kaji dan buat kesimpulan macam mana mereka hendak mengambil balik momentum politik di tanah air. Jadi timbullah cadangan untuk membuat perhimpunan ini,” katanya.

Najib berkata keadaan tersebut tidak boleh selesai di jalanan kerana kuasa politik ditentukan rakyat dan jika mereka benar-benar mempunyai keberanian ingin berjuang untuk rakyat, mereka perlu bertanding dalam pilihan raya.

“Jika kamu ada keberanian, lawanlah (dalam) pilihan raya. Jika tidak berani, apa saya boleh buat, buatlah di jalanan, (dan) anda perlu hadapi akibatnya,” katanya.

Perdana Menteri berkata, orang seperti ini akan hanya menyalahkan semua pihak termasuk para ilmuan dengan mendakwa dirinya sahaja yang betul sedangkan pada hakikatnya beliau tidak mampu, sekalipun hanya untuk memimpin parti yang diketuainya.

Najib berkata adalah lebih baik jika orang itu mampu memperbetulkan parti sendiri terlebih dahulu daripada ingin membetulkan pihak lain kerana pemilihan di dalam parti yang diketuainya juga dipenuhi dengan perkara buruk hingga dikritik pimpinan sendiri.

“Tak usahlah hendak betulkan pilihan raya kita, betul parti sendiri (dulu). Tahun sudah pemilihan dalam parti apa dah jadi? Reformasi akhirnya baling kerusi, sampai pemimpin mereka sendiri pun tak percaya.

“Ada orang yang terlentang di hospital kerana dipukul semasa pemilihan itu. Pemilihan PKR sudah sampai berlawan, bertumbuk dan kena pukul. Apa ini, apakah parti ini yang hendak betulkan negara? Hendak tunjuk yang kononnya mereka itu demokrasi. Demokrasi mana ada dalam parti mereka,” katanya.

Beliau berkata: “Dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi ketua de-facto tapi tidak pernah bertanding dalam parti sendiri.

“Apakah ini yang dikatakan hendak menjadi pemimpin negara dalam parti sendiri pun tidak bertanding. Hendak betulkan apa kalau dalam parti sendiri kacau bilau, baling kerusi dan macam-macam,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata, sehubungan itu rakyat perlu faham bahawa itu semua hanyalah tipu helah individu tersebut yang teramat sangat ingin berkuasa hingga sanggup untuk tidak menghormati kepentingan rakyat dan negara.

“Kita jangan terlalu apologetik dan takut. Kita akan lawan habis-habisan tetapi kita lawan ikut undang-undang negara. Kita bukan samseng, kita lawan secara berhemah, berbudi dengan memperjuangkan kepentingan rakyat melalui usaha, program, dasar kita dan peranan kita sebagai pemimpin,”katanya.

Perdana Menteri juga mahu anggota BN keluar daripada zon selesa yang merasakan parti itu cukup kebal dan kuat bagi memenangi hati rakyat kerana jasa dan budi yang begitu besar yang ditabur parti itu selama ini.

Bagi menjamin kesinambungan sokongan rakyat, anggota BN perlu terus bekerja keras, selain mewujudkan yang hubungan yang erat dengan masyarakat, katanya.

Beliau juga berharap sebarang unsur negatif yang boleh memudaratkan parti dapat dikikis bagi memastikan BN akan tetap diterima dan disanjung rakyat.

Katanya, di sebalik tentangan dan serangan tanpa henti pakatan parti pembangkang, BN masih mampu mengekalkan sokongan yang diterima dari rakyat menerusi kemenangan berterusan yang dicatatnya dalam beberapa siri pilihan raya kecil termasuk pilihan raya negeri Sarawak.

“Dalam setiap pilihan raya kecil BN telah menang bukan saja kemenangan biasa tetapi kemenangan yang lebih (besar) majoritinya, kecuali (pilihan raya kecil kerusi Parlimen) Sibu. Kita menang di Galas, Batu Sapi, Merlimau, Hulu Selangor, Tenang, Kerdau dan terakhir di Sarawak.

SUMBER : Utusan Borneo






<< Previous Entry

Anwar Tak Sabar Berkuasa-Dalangi Perhimpunan Bersih



Kalau Pilihanraya boleh dimanipulasi sudah tentu Umno/BN tidak akan kehilangan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan dan telah lama boleh merampas Kelantan.

Kelantan sejak 1990 dikuasai oleh Pas,manakala, Sabah hanya dikuasai U/BN pada tahun 1994.

Kalau UBN mampu memanipulasi pilihanraya, sudah tentu Samy Vellu mahu terus menang di Sungai Siput, demikian juga George Chan Presiden SUPP tidak akan mahu kalah di DUN Piasau, pada PRN Sarawak baru-baru ini. Demikian juga, semasa PRK Pematang Pauh, sudah tentu BN mahu menang, agar Anwar gagal dalam usahanya menjadi wakil rakyat.

Disebabkan, UBN tiada kemampuan itu, maka UBN kehilangan kuasa 2/3 dan 5 negeri selepas PRU-12 lalu. Sementara di Sarawak, UBN hanya mampu mendapat 55 kerusi, sedangkan sebelum DUN Sarawak dibubar, UBN mempunyai 63 kerusi.

Tujuan Himpunan Bersih yang didalangi oleh Anwar, bukan kerana SPR tidak bersih, akan tetapi, Anwar tidak sabar untuk berkuasa. Anwar melihat kejatuhan pemimpin Tunisia dan Mesir,akibat daripada tunjuk perasaan rakyat-Anwar menggunakan cara rakyat negara arab itu untuk merampas kuasa dalam negara.

Selain itu, Anwar mahu melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadapnya, memandangkan isu peribadinya semakin memuncak.  SETERUSNYA








Bayangkan seandainya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, lingkuplah Negara dan rosaklah Masyarakat.

http://novandri.blogspot.com/2011/06/anwar-ibrahim-hantu-atau-kembar-dalam.html

Saturday 25 June 2011

Sikap penyokong DAP gelar penyokong Bumiputera BN ‘bodoh’ amat dikesali


Kuching : Dr Jerip Susil (BN-Bengoh) kecewa dengan sikap segelintir penyokong DAP yang menggelar penyokong Bumiputera BN sebagai ‘bodoh’ kerana tidak menyokong pembangkang.

Menurut Dr Jerip, kebanyakan daripada Bumiputera yang menyokong BN digelar sebagai ‘bodoh’ bukan sahaja didengar di kedai-kedai kopi malah termasuk di dalam Facebook, blog serta laman Internet.

“Diskriminasi retorik seperti ini adalah tidak bertepatan dengan keharmonian kaum di negeri ini.

“Hanya kerana mereka tidak menyokong DAP atau PKR tidak bermaksud Bumiputera adalah ‘bodoh’. Inilah sikap pembangkang.

“Ketika PKR kalah pada pilihan raya kecil Batang Ai, ketua PAS menggelar masyarakat Iban sebagai masyarakat yang tidak bertamadun kerana masih memakai cawat,” katanya dalam ucapan pada Persidangan DUN semalam.

Tambah Dr Jerip, DAP atau pembangkang dilihat bersikap lagak, menganggap diri mereka yang terbaik, paling berani dan paling betul.

Tidak dinafikan segelintir daripada mereka adalah seperti demikian, tetapi ia belum mencukupi untuk menerajui negara.

Tambah Dr Jerip, masyarakat Dayak serta Bumiputera yang lain sentiasa menghargai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN.

Ini kerana katanya, kita telah dilahirkan dan dijaga di bawah kerajaan BN untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan dan pendidikan yang terbaik.

SUMBER : OrangPanggau